Monday 14 March 2011

Air Besar dan Air Mati

Umumnya setiap pemancing tahu tentang air besar dan air mati.  Yang saya ingin perkatakan disini ialah apa sebenarnya yg berlaku kepada habitat dan tabiat penghuni lautan ketika air besar dan air mati. Fenomena ini amat penting untuk diketahui oleh setiap pemancing. Dulu, pemancing biasanya nelayan tidak punya eco sounder, tidak punya gps akan tetapi... mereka tahu dimana, bila dan mengapa umpan harus dihulurkan disesuatu tempat yg dipilih. Kadangkala tempat itu memang dikenali sebagai lubuk tapi ada masanya tiada penghuni yg mahu menyambut umpan. Begitu juga sebaliknya, ada masanya tempat itu tidak terkenal langsung akan tetapi ada pemancing yg bertuah disitu. Fenomena ini amat arif dikalangan pemancing2 yg berpengalaman kerana mereka tahu benar2 apa nyg berlaku ketika perubahan air ini. 

Ketika air besar, perubahan air akan membuka laluan arus hingga membawa ketepian pantai. Arus adalah highway atau laluan untuk ikan keluar mencari makan. Oleh kerana ikan berdarah sejuk maka arus yg panas akan menjadi pilihan untuk dilalui. Dikawasan arus yang panas ini aktiviti memburu dan mencari makan menjadi saingan diantara satu sama lain.

Disebabkan ketika air besar perjalanan arus adalah sangat kuat dan laju maka kebanyak ikan yg kecil dan sederhana lebih suka mengikut arus yang membuka laluan kepantai atau muara sungai. Biasanya ikan yg menghuni lubuk yg sama kan terdorong mengikut arus mencari makan, mereka tidak akan bersembunyi ditempat yg sama disebabkan faktur arus yg memaksa mereka berhijrah. Ketika ini ikan akan makan apa saja yg dapat disambar disebabkan jika lambat arus akan membawa makanan ketempat lain. Itu sebabnya mengapa kita mudah mendapat ikan kecil dan sederhana diwaktu air besar.Aktiviti menyambar umpan ini biasanya berlaku ketika air mulai pasang dan ketika air mulai beralih surut. Apabila air sudah pasang penuh aktiviti ini terhenti buat seketika dimana ikan akan mencari tempat untuk bersembunyi dari pemangsanya.

Faktor arus panas inilah yg menjadi pemerhatian pemancing zaman dahulu untuk mengenal pasti tempat ikan berkumpul. Mereka akan mencari dimana tempat yg paling hampir dengan pantai tempat arus ini bergerak dan berakhir dengan tempat ikan bersembunyi. Perlu diingat jika ada ikan kecil maka akan ada pemangsa yg besar kerana mereka mengikut arus yang sama dan hanya menunggu masa untuk menyambar. Biasanya ikan pemangsa lebih suka menyambar diwaktu air mula beralih surut kerana ketika ini arus  amat perlahan dan kelajuan ikan pemangsa akan dengan mudah mengatasi ikan2 kecil.

Oleh itu belajarlah mengenal pergerakan arus. Pesan orang tua saya jika anda ingin menjala udang, masukan kaki kedalam air dulu sehingga keparas lutut. Jika air panas dan hangat, insyaAllah banyak udangnya. Jika ada udang maka banyaklah ikan yg berkeliaran mencari makan disekitar itu...kerana arusnya panas. Jika airnya sejuk lupakan saja....carilah tempat yg lain!

Air mati pula arus tidak bergerak langsung, aktiviti memburu dan mencari makan pula menjadi amat lembab disebabkan ikan2 sentiasa didalam ketakutan menjadi mangsa. Biasanya sewaktu air mati ikan lebih suka duduk berkumpulan sebagai salah satu cara mempertahankan diri.   Ikan2 pula akan sentiasa berhati-hati untuk mencari makan. Tanpa pergerakan arus panas, ikan lebih suka mendiamai kawasan persekitaran persembunyiannya. Ini memudahkan mereka mengendap dan menyambar mangsa yg lalai.

Faktor inilah yg menyebabkan pemancing harus mencari dan menghulur umpan dikawasan yg dikenal pasti sebagai tempat persembunyian mereka. Faktor inilah juga yg menyebabkan mengapa umpan hidup adalah umpan yg terbaik sewaktu air mati. Begitu juga casting dan jigging menjadi kaedah yg terbaik sewaktu air mati...kerana pergerakan menjadi tarikan utama ikan yg mengendap mangsa.

Diharap artikel ini dapat membantu pemancing memancing dengan lebih efektif dan berkesan. Selamat memancing.

Sunday 27 February 2011

Paradise at Kuala Rompin

Sailfish
Sailfish – one of the dream game fishes that every angler want to land in their fishing life. Sailfish grows quickly, reaching 1.2 to 1.5 meters in length in a single year, and feed on the surface or at mid-depths on smaller pelagic fishes and squid. Sailfish is highly prized game fish which known for their incredible jumps and speed. Individuals have been clocked at speeds of up to 68.5 mph (110.285 km/h), making them the fastest fish in the ocean.

Location and Fishing Information
Kuala Rompin – one of the few Sailfish Capital of the world and a place where the prolific number of sailfish must be seen to be believed. With our experienced skipper armed with local knowledge multiple strikes are always possible, especially during the peak season start from July to November. The strike rate is unbelievable high and comparable to other hotspots around the world but it won’t cost you an arm and a leg. This is the ultimate destination to fulfill your dream of landing a sailfish many times over.

The season runs from April to November. There are many more species available at Kuala Rompin like Dorado (dolphin fish), Spanish Mackerel, Cobia, Barracuda, Giant Trevally, Golden Trevally, Queenfish and much more. Squid jigging is also another option. With fine weather and calm waters, it’s a fisherman’s paradise. Charters start at 8am and end around 5pm. The fishing hotspots are only a short 45 – 60 mins run out from the jetty, you will have lots of time to tangle with the fish of your dreams. This is a truly amazing experience!

All styles of fishing are available to suit your needs. You will be able to live bait, trolling, lure casting and bottom fishing. Popping and jigging are fast catching on too. A minimum of 3 days trip is recommended to sample the full potential of Kuala Rompin. We are ready to be rental and all rigs, bait jigs, leader, hooks will be supplied (on request) so clients will not have to worry about a thing.

For Prices and Availability please contact us