Thursday 10 January 2013

UMPAN Siri 3


Layaran Terbesar Tahun Ini
Oleh Max Peacock


AKASHAH (kiri) bergambar dengan seekor layaran 60kg iaitu ikan terbesar pernah dinaikkan atas bot Abang Mat.
AKASHAH (kiri) bergambar dengan seekor layaran 60kg iaitu ikan terbesar pernah dinaikkan atas bot Abang Mat.
Akashah Rashid senyum puas ikan idaman mampu ditewaskan 

TERIMA KASIH kepada EDITOR MAJALAH UMPAN yang diterbitkan oleh "Syarikat KARANGKRAFT", En. Hazrizal kerana sudi menerbitkan beberapa artikel milik saya untuk MAJALAH UMPAN EDISI BULAN aPRIL 2012. Apa yang membanggakan, saya telah terpilih menjadi "Front Page" untuk keluaran kali ini.

Selain itu, 3 artikel hasil penulisan saya juga diterbitkan di dalam majalah ini. Ini Merupakan penghormatan dan pengiktirafan pada penulisan saya kali ini. Semoga dengan penulisan saya ini, MAJALAH UMPAN akan berkembang maju dan diminati oleh segenap pemancing di MALAYSIA.

Bagi yang belum memilikinya, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya. Ternyata majalah ini penuh dengan maklumat memancing serta memberi pelbagai info & tips-tips yang berguna kepada pemancing. Majalah yang wajib milik ini hanya berharga rm8.00# senaskah. Ternyata majalah ini memberi banyak kelainan berbanding majalah lain yang terdapat di negara ini.

SEKIAN TERIMA KASIH DARI SAYA!!




Wednesday 9 January 2013

Layaran Terkulai Di Dakapan


Layaran terkulai di dakapan
Oleh Zulhilmi Mat
hilmi@bharian.com.my
2011/10/29

AKASHAH (kiri) bergambar dengan seekor layaran 60kg iaitu ikan terbesar pernah dinaikkan atas bot Abang Mat.
AKASHAH (kiri) bergambar dengan seekor layaran 60kg iaitu ikan terbesar pernah dinaikkan atas bot Abang Mat.
Akashah Rashid senyum puas ikan idaman mampu ditewaskan 

HAJAT Akashah Rashid untuk bergambar dengan ikan layaran perairan Rompin, Pahang tercapai apabila spesies berparuh seberat 60 kilogram (kg) terkulai di atas dakapannya awal bulan lalu.
Sejak menceburi bidang memancing selama 10 tahun, pelbagai spesies dan aktiviti memancing sudah dikecapinya kecuali menawan layaran. Justeru satu trip memancing layaran diatur khas yang turut ditemani rakannya iaitu Saiful, Fadli dan Hasrizal.
Trip itu dirancang saat akhir sejurus selepas tamat acara Royal Pahang Billfish International Challenge (RPBIC) 2011 yang berakhir September lalu. 
Tambahan pula, trip berkenaan wajar disegerakan selepas menerima khabar bahawa musim layaran akan berakhir dan diganti musim tengkujuh hujung tahun ini. 

Selepas bertolak dari jeti Rompin, empat sekawan dengan tekong Abang Mat memandu bot gentian kaca menuju ke unjam yang terletak di sekitar perairan Rompin. Perjalanan memakan masa kira-kira 45 minit. 

Beberapa unjam milik nelayan tempatan dikunjungi mereka seperti unjam batu, 69, Tok Moh dan Pak Misai untuk mencari umpan tamban dan selar dengan menggunakan teknik mengunjun ‘apollo’. Namun hasil umpan ikan selar dan kembung hidup tidak memberangsangkan sepanjang dua jam berada di empat unjam itu. 
Dalam perjalanan ke lokasi ditanda Abang Mat, beberapa kumpulan ikan bilis kelihatan berenang lintang pukang seperti dikejar pemangsa dari bawah permukaan air. Tanpa berlengah lagi, Abang Mat bergegas mengarahkan mereka melabuhkan umpan selar atau kembung hidup dan membaling ke arah kumpulan bilis tadi. 

Belum sempat Saiful mengikat belon pada tali utama, joran beliau terus disentap pemangsa dengan pantas. Namun begitu, nasib tidak memihak kepada beliau apabila mangsa berjaya melepaskan siri akibat sistem regangan kekili yang belum dikunci kemas. 

Sementara itu, Akashah, Fadli dan Hasrizal turut menerima nasib sama apabila perambut 80 paun jenis halimunan (fluorocarbon) putus dikerjakan ikan, dipercayai tenggiri berkongsi habuan bilis dengan layaran. 

Selepas tali putus berkali-kali, masing-masing berhasrat membalas dendam dengan menggantikan perambut dawai untuk menjerat tenggiri yang kerap mengacau pemburuan layaran mereka itu. Teknik mereka nampaknya berjaya apabila Akashah menaikkan tenggiri pertamanya dengan berumpankan selar hidup sebesar tiga jari orang dewasa. 

Sehingga jam dua petang, empat sekawan puas berpesta tenggiri apabila layaran mengunci mulut memakan umpan yang dihulurkan kepadanya itu, Akashah mencuba untuk kali terakhir sebelum pulang dengan mempertaruhkan ikan kembung yang dicangkuk mata kail 7/0. 

Umpan ikan dibaling pada kumpulan bilis dan kemudian tali utama bebas dari gegelung kekili membuahkan hasil apabila mangsa menyentap ikan yang diumpan kepadanya. 

Joran tempahan khas PE-6-8 yang dipadankan kekili Shimano SW12000 milik Akashah melentur dahsyat menerima asakan daripada layaran. Lompatan demi lompatan layaran dengan menampakkan separuh badannya memaksa beliau mengetatkan sistem regangan kekili sehingga 90 peratus untuk mengekang tali dari terus keluar. 

Aksi tarik menarik tali berlangsung sehingga 30 minit kerana mangsa enggan mengalah walaupun sirip dorsal layaran berada hampir sebelah bot mereka. 

Hasil bantuan rakan-rakan kira-kira 15 minit berikutnya, layaran anggaran seberat 60kg didaratkan dengan jayanya dan selepas bergambar, ikan terbabit dilepaskan kembali untuk kesinambungan aktiviti memancing empat sekawan ini pada tahun depan.