Friday, 9 October 2020

Maksud PE (Rod Pancing)

Ramai yang bertanya tentang maksud PE dlm konteks rod pancing tertera sebagai rujukan pemilihan set yang baik.

PE = Poly Ethylene
Tester Anglers Japan mendisiplinkan set rod pancing melalui diameter monofilament atau braided line Serta kekuatan LBS 'main line' mengikut saranan yang ditulis pada rod pilihan mengikut keselesaan pemancing. keseimbangan diameter & kekuatan main line & rod perlu kerana agar semasa aksi memancing rod tidak 'bising' akibat geseran braided (popular choice) semasa wink dimana ring guide yg pelbagai rupa & saiz mengikut spesifikasi ditetapkan.

bagaimana kita memilih keseimbangan rod PE & main line sesuai agar terjaga kualiti pemancingan. CTH* PE 1-3, hanya darabkan 10LBS pada nilai khusus tersebut, 1(10) = 10lbs & 3(10) = 30, maka rod tersebut mempunyai kesesuaian nisbah 10-30lbs, selepas itu tidak semua reka bentuk rod adalah sama, rujuk pada cincin rod (ring guide) saiz kecil & besar, reka bentuk cincin juga main peranan menentukan set pancing mengikut teknik pancing yg pelbagai dlm arena anglers. 

bagaimana seimbangkan monofilament line atau braided line dengan rod pilihan. CTH* PE4 = 40lbs maka kita dapat tentukan main Iine ditetapkan, namun serial produksi alatan memancing berbeza saiz diameter, main line juga dipilih mengikut teknik pancingan yang dimahukan, CTH* jigging, pilihlah braided yg byk lilin/minyak agar semasa wink, main line cermerlang beraksi memotong air dengan pantas & tiada getaran kasar semasa wink.

negara barat, SPORT ANGLERS atau TESTER ANGLERS mendisiplinkan teknik pancingan mereka melalui tahap beban umpan, Batu lancing, swivel & perambut digunakan, manakala bagi pengunaan lure, ikut spec Berat saranan tertulis pd rod oz/gram/lbs seringkali digandingkan tulisan bersama PE tetapan atau LBS. 

Poly ethylene adalah bahan mentah
plastik bermutu, sebelum menjadi braided mahupun monofilament line, para kilang membuat benang sehalus sutera yg kuat & disulam berbagai Cara & lapisan dgn
teknik mesin moden, serentak itu cecair minyak yg bermutu diletakkan pd braided yg terhasil agar tahan kualiti tidak mudah putus atau berbulu & warna terjaga
dr minyak trsebut.

poly ethylene seringkali digunakan dlm penghasilan produk bermutu barangan DAPUR, dlm konteks arena pancing bahan tersebut berperanan sbg mainline utk set
pancing yg baik kualitinya.
jesteru kenapa PE sering terdpt pd rod pancing kerana mainline KHUSUS yg sesuai tuk set tetapan mengikut saranan tertulis pd set itu hanya sesuai gunakan mainline diperbuat hasilan dr bahan Poly ethylene sahaja. rod saranan PE jika mahu guna 'braided steel' utk
main line adalah salah kerana produksi besi tidak sesuai
pd rod tersebut.

keburukan Poly Ethylene cepat reput, kelebihannya apabila bergeser laju pd rod, dlm air dan apa sahaja yg meningkatkan kinetik penghasilan tenaga panas, poly ethylene adalah penebat yg mampu menahan tahap panas melampau.

terima kasih membaca, kalau kurang mahupun salah titipan saya ini tolong tegur & membetulkan pahaman kita bersama, ilmu perlu dikongsi, bagi yg baru bermula mereka boleh bertanya dengan baik pada kedai jual pilihan mereka, agar senang berurusan & tidak ambil masa byk semasa shopping ^_^

Monday, 12 March 2018

EVENT JENGGO TELUK INTAN : Travellog Ros Jery



Fakta
1)      Lokasi                                    : Jety Pak Musa, Teluk Intan Perak
2)      Nama Pertandingan        : EVENT JENGGO
3)      Tarikh                                    : 25 February 2017
4)      Nama Penganjur              : TM5P; Abang As (+60178803760)
5)      Nama Penaja Hadiah      :  a) Nasa (Rak Joran)
   b) Faizal (Reel)
   c) Pak Musa (Hamper)
   d) Najib Extreme (Hamper)
6)      Jumlah Peserta                 : 28 Peserta
7)      Jumlah Bot                          : 14 Bot
8)      Jumlah Tangkapan           : +/- 2 kilo se-orang
9)      Hadiah Pemenang           : Tangkapan terberat setiap ekor Udang / Individu



Jalan Cerita
Sebulan sebelum program, saya menerima panggilan daripada sahabat baik dan merupakan saudara jauh kepada suami iaitu Abang AS, beliau merupakan tekong bot yang famous di Kawasan Klang. Tujuan dan matlamat pertandingan diadakan ialah untuk mengeratkan silaturrahim diantara pemancing yang selalu menggunakan khidmat abang AS (Tekong Klang) dan sebagai medium mempromosikan Produk Memancing “Jenggo” di Teluk Intan. Abang AS meyakin kan saya bahawa udang di sini bersaiz besar dan sedap isinya, agak ragu juga saya memandang saya belum pernah memancing udang sebelum ini. Namun atas keyakinan yang diberikan oleh Abang AS dan atas dorongan encik suami saya beranikan diri menerima LAMARAN oleh Abang AS untuk bersama menyertai EVENT JENGGO ini. Lagipun sudah lama juga saya tak balik ke kampung halaman nenek saya di Sitiawan, ini juga masa yang sesuai untuk bawa si kecik saya berjalan ke kampung halaman nenek saya, Moyang mereka.

Seminggu sebelum pertandingan, suami dah menyediakan kelengkapan yang sesuai untuk menangkap udang, cuma Rod dan Mesin sahaja yang kurang. Mungkin Rod UL yang diberikan oleh arwah Uncle Thomas dulu sesuai kot kata hati saya menyedapkan. Disamping itu saya dan suami survey lokasi penginapan di sekitar Kawasan pertandingan memandangkan kawasan rumah ahli keluarga di Sitiawan mencecah 45 minit perjalanan (berpandukan Waze dan Google Maps).

24/2/2018, Sabtu. Perjalanan kami sekeluarga daripada Kuantan melalui Lebuhraya Pantai Timur sempat singgah di RnR Temerloh untuk menikmati hidangan Patin masak tempoyak kegemaran kami sekeluarga, seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Genting Sempah dan mendaki Genting sehingga sampai ke Batang Kali, disini kami berehat sambil menyejuk kan enjin kereta. Seterusnya kami menggunakan jalan lama sehingga sampai di Teluk Intan, banyak kali jugalah berhenti rehat disebabkan anak kecik yang meragam dan mabuk.

Sampai di penginapan (TnT Novelty House) sekali lagi saya terkagum dengan keindahan motel tersebut, rakan-rakan travelers mesti singgah di tempat ini. Tak terucap macamana cantiknya penginapan ini namun dengan Harga yang berpadanan memang patutlah kami jumpa Kaki Cycling dan budak2 sekolah (Game Badminton – MSSD) menjadikan ianya Penginapan Transit yang cukup menarik.

Program bermula seawal Pagi Ahad 25/2/2018, jam 5am anak-anak dah bangun seronok nak ikut memancing, serba salah juga nak cerita ke si-kecik ni yang rupanya mama dia jer yang memancing nya. Mungkin dia orang ingat bot nya bersaiz besar macam bot di KUALA ROMPIN, tak per pandailah papa dia bawak jalan memujuk nanti. Alhamdulillah di tepi jetty dalam lingkungan 500 meter ada kedai makan, sempat juga minum dan bersarapan sambil tapau bekalan untuk memancing nanti.

08:00am, peserta di kumpulkan dan diberi taklimat oleh Abang AS. Taklimat merangkumi, peraturan pertandingan, lokasi dibenarkan memancing dan juga pembahagian ahli kumpulan. Alhamdulillah saya dapat “Local Guide”, ”NAZRI” rakan 1 bot dengan saya yang merupakan jurumudi ialah orang Lumut, Perak. Setidak-tidak nya dia mesti tau lokasi lubuk-lubuk disini kata hati saya. Alhamdulillah Abang AS dah memaklumkan kepada semua peserta yang saya memang BUTA bab memancing udang dan mengharapkan rakan-rakan lain membantu saya.

Nazri telah siap-siap menyediakan bot dengan enjin dan extra minyak, untuk masuk ke belah dalam lagi katanya. Lokasi pertama kami di hulu sungai, dalam 15 minit perjalanan bot. Memang kawasan ini sunyi dari orang dan persekitaran yang cukup mendamaikan, disini Nazri telah mengajar saya beberapa teknik meng-udang yang berkesan dan umpan yang biasa digunakan. Memang saya langsung tak bawa umpan memandangkan Abang AS dah maklum hanya umpan yang dibeli di sekitar Jetty pada pagi pertandingan sahaja dibenarkan (guna untuk pertandingan).

Strike… terasa henjutan pada Joran dan cepat-cepat saya karau, alah anak udang sahaja yang kena. NAZRI meminta saya menggunakan rod simpanan nya, Rod Akak tuh besar sangat… Nak tangkap Ikan Layor ker kak perli dia lagi.. tergelak kami berdua dengan keadaan tersebut. Memang Rod UL nie dah banyak kali menumpaskan Ikan Layaran, oleh kerana ianya berstatus UL saya menjangkakan sesuai untuk udang juga. “Kak, boleh tanggal gigi udang kalau pakai rod akak nie” usik si Nazri lagi. Setelah menukar kepada rod yang sesuai kepunyaan Nazri barulah saya merasa nikmat layanan bermain dengan udang, rasa macamana udang menggigit, sampailah kepada menaikkan udang. Sensitiviti rod meningkat seiring dengan saiz rod yang halus.

10.30am, udang dan ikan dah banyak dalam bot nie, namun tiada seekor pun yang layak dipertandingkan memandangkan saiz nya yang sederhana dan kecil. Kami beralih beberapa port lagi mencari UDANG JUARA untuk diri kami. Pada waktu ini tangkapan saya sahaja dah lebih 10 ekor tapi yang saiz kecil saya lepaskan kembali, nak siang pun malas kalau kecik nie. Lagipun biarlah dia besar dulu kata hati saya, agaknya dah terbiasa dengan konsep CATCH & RELEASE di KUALA ROMPIN. Tergelak Nazri dengan saya.

Jam 11.00am saya berjaya mendapat udang yang agak besar, wah boleh dipertandingkan nie kata hati saya, Nazri pun menjerit, wooo kak besar tuh.. Tapi udang nie OKU lah, sepit dia sebelah jer, sebelah lagi dah takder.. kesian dia, kita lepaslah boleh? Tergelak si Nazri degan perangai saya, kak kalua macam tuh sampai bila kita nak menang kak, hmm okeylah.. tapi kalau dapat yang besar lagi kita lepaskan yang oku nie ek… Geleng kepala Nazri dengan perangai saya.

Rakan-rakan bot lain yang kami selisih cukup tertib dan senyap memancing, bot kami jer riuh rendah tergelak, ketawa bercerita hal memancing di mana-mana. Walaupun baru kenal, rasa dah macam member lama dah. Banyak juga bot selain daripada bot yang masuk game ni, sempat sembang dengan 1 bot dari kawasan jetty lain. Dia dah 3 hari memancing di situ, pada hari sebelumnya (sabtu 24/2/2018) dia mendapat hasil tangkapan mencecah 5 kilo katanya. WOW, saya mesti usaha lagi boleh belanja anak-anak makan udang yang mama dia tangkap nanti.

Menjelang tengahari kami berlindung di bawah Jambatan terlindung dari sinaran matahari, rupanya kat sini saja berbelas ekor yang naik dan saiz yang kasar-kasar rupanya. Cis kat sini rupanya ko duduk, kalau tau dari pagi aku lepak sini kata Nazri. Abang AS yang ikut memancing sejak dari pagi stay di bawah jembatan menaikkan udang yang berskala besar dan banyak pula tuh. Adoi Abang AS, tumpang WIFI Abang AS, antara Istilah yang saya belajar dengan Nazri disini untuk menumpang spot orang lain.

Bermula dari tengahari sampai menjelang jam 6 petang kami tak berganjak dari spot bawah tiang jambatan tersebut, game tamat jam 7 malam memandangkan cuaca masih terang lagi tapi rata-rata pemancing dah landing pada jam 6 petang untuk berehat dan berkenal-kenalan anatara satu sama lain. Dalam pada waktu ini juga, proses menimbang udang di jalankan oleh urusetia. Yang membanggakan saya ialah udang OKU yang saya tangkap pagi tadi berjaya saya lepaskan, supaya dia membesar dengan sihat.

Jam 6.45pm; Upacara penyampaian hadiah dilangsungkan, acara sempoi sahaja di tepi Jetty Pak Musa meninggalkan kenangan yang cukup bermakna. Ada rakan pemancing yang dating dari Muar, ada yang dari Temerloh dan sebagainya. Tak lupa juga nak bagi tau korang semua, saya berjaya mendapat tempat ke 7, udang terberat dengan berat 1.6gram… Okey what untuk beginner udang macam saya, lepas sembang-sembang dan bersiap untuk balik, suami pun sampai dengan anak-anak. Anak-anak cukup teruja tengok hasil tangkapan mama mereka dalam lingkungan 2 Kilo, rata-rata peserta hari tersebut mendapat hasil sekitar 2 kilo setiap orang.

Pertandingan ini mendidik saya untuk mencintai sungai kita kerana hasil yang dinaikkan amat menggalak kan, mungkin pihak berkuasa tempatan boleh menaikkan lagi status Pemancingan Udang Galah di Teluk Intan supaya boleh mencapai kepesatan pemancingan seperti di Kuala Rompin yang terkenal dengan Layaran dan Udang Galah. Rakan pemancing yang cukup sporting walaupun saya seorang bunga disitu, cukup professional dan membantu saya yang BUTA memancing udang ini.
Isnin 26/2/2018; Pagi-pagi lagi saudara mara kawasan sekitar dah menelefon bagi tunjuk arah jalan ke rumah di kampung. Singgah rehat dan bemesra dengan pakcik dan makcik yang dah lama tak jumpa, jumpa pun time raya 2 tahun sekali, kenalkan cucu saudara mereka (anak-anak saya) dengan tok sedara mereka sebab tak pernah jumpa anak nombor 2 dan 3, 2 tahun lepas saya bersalin berturut-turut.

Alhamdulillah kami menempuh laluan yang sama kami bergerak ke Teluk intan dan kembali ke Kuantan untuk meneruskan tugas pada esok harinya. Cuti hujung minggu yang cukup bermakna dan berkualiti untuk kami seisi keluarga, insyallah ada undangan dari Rumah Rakit Temerloh pula untuk kami. Nantikan siaran seterusnya Travelog ke Temerloh, Moh Kiter!!

Catatan ROS JERY @ ROMANIZA JOHARI





Monday, 19 February 2018

2018 and Hope

2017 past by, we hope 2018 will continue with prosperity season

Thursday, 1 January 2015

Malaysia Fishing License

Malaysia Fishing License Dilemma
It was all over social media over the past few days, a breaking news from the Department of Fisheries Malaysia (DOFM) that they will introduce and implement Fishing Permit or License for saltwater fishing activity. I know a lot of people might not understand the reason such implementation but to me it is a good move by DOFM however what they are planning to do does not fit the purpose of Fishing Licensing that related to sports fishing.
This post is solely based on my perception and opinion towards this issue and analysis over some data that I acquired. A friend of mine did went to the DOFM fishing licences introductory meeting and their insight will help me understand more on this issue.

1. What do we know so far?

DOFM will implement a general fishing license that are only meant for saltwater fishing activity which related to inshore and offshore fishing. Those who charter a boat must acquire the license, follow the rules and regulation or face a hefty fine. The license will cost RM10 per year and there are certain requirement for an angler to comply in order to renew the license the following year. DOFM will also impose bag limit and legal keeper size to promote sustainable fishing among anglers. DOFM will be they key agency that will collect the license fee and Maritime Malaysia (APMM) will be the sole agency to enforce the law.
Over the past few days, I’ve seen inaccurate information being pass through social media and causes confusion and overreaction towards this new implementation. There mixed thought from anglers, some of them actually liked the idea but others would say nay.
licence
America, Australia and other European countries implemented fishing license to ensure anglers are responsible over their fishing activity, in return the money collected from the anglers are used to promote better recreational fishing through research and restocking fish population
DSC_0286

2. Why do we need Fishing License?

Over the past 10 years, commercial fishing and sports fishing activities has increase over the past years and has put intense pressure on fish stock not only to sea species but fresh water species. Sharp decline in fisheries output has pushed related agency to introduce new policy that emphasis in sustainable fishing. An idea I believe should have been implemented years ago. We have subject experts and researchers across world class local universities which has for long been fighting for sustainable fishing and they deserve a better attention because the problem start too creep in.
If you ask me, a big YES we do need a fishing license that recognize fishing as a sport and to promote sustainable fishing best practice among anglers. The RM10 that an angler contribute must be utilize towards promoting recreational fishing and ensuring a healthy fish population. The whole idea must move forward towards accepting fishing as a sport, not as tool to hinder the anglers society to go out fishing. I’ve heard DOFM reaction towards implementing this license was only to mitigate their lost in saltwater fisheries. If this is the main reason, thus I don’t think this license implementation fits the purpose.
Bag Limit and Legal Size for anglers to keep is another great tool to impose but requires further research on what type of species that are relevant. This will ensure sustainable fishing population which has been pushed to a worrying level.

3. What is Sustainable Fisheries Practice?

The conventional idea of a sustainable fishery is that it is one that is harvested at a sustainable rate, where the fish population does not decline over time because of fishing practices. Sustainability in fisheries combines theoretical disciplines, such as the population dynamics of fisheries, with practical strategies, such as avoiding over-fishing through techniques such as individual fishing quotas, curtailing destructive and illegal fishing practices by lobbying for appropriate law and policy, setting up protected areas, restoring collapsed fisheries, incorporating all externalizes involved in harvesting marine ecosystems into fishery economics, educating stakeholders and the wider public, and developing independent certification programs.
Some primary concerns around sustainability are that heavy fishing pressures, such as over-exploitation and growth or recruitment over-fishing, will result in the loss of significant potential yield; that stock structure will erode to the point where it loses diversity and resilience to environmental fluctuations, that ecosystems and their economic infrastructures will cycle between collapse and recovery, with each cycle less productive than its predecessor; and that changes will occur in the tropic balance.
Trawlers
Fishing trawlers damages coral reef, catches small fish and the worst thing is, they simply take everything, worst possible method to promote sustainable fishing.
Sailfish SOS - Dennis Lee
Illegal fishing activities that are happening right under the LEA nose.
Apmm
APMM resources and capabilities are being stretched to the limit to enforce all the law that are bestowed to them.

4. Who should be responsible and adopt sustainable fishing?

Each and every single one of us who consume the resources from the sea should be responsible to protect it and this burden should be shared across anglers, fisherman and law enforcement agency equally. There is no point pointing fingers, as long as we can work together smartly than the idea of realizing sustainable fishing in Malaysia will be a success.
To point out solely to anglers that they claimed we exhausted the fish supply is totally absurd.  We are all smart enough to know that it is a biological chain reaction accompanied dysfunction policies which does not promote sustainable fisheries effectively. Too long we have let ourselves being mocked and our voice are left unnoticed. We all share the same ocean with the fisherman and if the fisherman are not utilizing sustainable fishing practice. Then, this fishing license is totally rubbish and a simple way to collecting money from our pockets which is a short term policy to cover up their inability and incompetency to think out of the box. Same goes to all anglers, we need to start thinking and adopt sport fishing as a way to create a better future for us and our next generation of anglers.
I’ve seen people comments that the ocean is vast and there is no way the fish is going to deplete. That is wrong because I’ve seen the impact of over fishing myself in Port Dickson. 5 years ago, GT’s ranging from 3-4kg can be fished easily in Tanjung Tuan and we can land dozens of them. Now landing a GT in Port Dickson is a rare occasion. Same goes to Queenfish, last 2 years we can land huge Queenies ranging from 4-5kg and now they are small in size. Think about the next 1-2 years, maybe they would not be there at all. Maybe.

Conclusion

The idea of implementing Fishing License is what we want now to promote better recreational fisheries as well to promote sustainable fishing. However, the idea to simply collect money from anglers pocket without any return in favor is not acceptable. It is always great to start a detail research to understand more on the real issue and which the last research was done back in 1999. I believe we have a pool of experts that can help relevant agencies to prepare a better policy that consider and take into account all relevant stakeholders.
This way, all ideas, thoughts and recommendation are not being left behind. DOF failed this part by not considering recommendation and idea from all stakeholders and does not disseminate information properly. This has resulted confusion among angling community and resulted unwanted speculation and uproar to the agency. As of today, the idea of Fishing License were ceased by the Minister of Agriculture. Fishyology hope, the idea does not die there and all members continue to improvise and offer better perks and solutions that adds up the idea of sustainable fishing to better protect the ocean resources

Thursday, 5 June 2014

Bukan sekadar Di Pinggiran

Nampak macam tajuk lagu, namun spesis lain-lain di Kuala Rompin bukan sekadar tempelan semata-mata. Dah lama Nuries tak menulis, menaip mahupun mengepos gambar disini, untuk permulaan ini cukuplah nuries menepek beberapa gambar Bot Nuries yang keluar Majalah SIRIP baru-baru ni.. truskan mengikuti BLOG NURIES ini... insyallah







Thursday, 10 January 2013

UMPAN Siri 3


Layaran Terbesar Tahun Ini
Oleh Max Peacock


AKASHAH (kiri) bergambar dengan seekor layaran 60kg iaitu ikan terbesar pernah dinaikkan atas bot Abang Mat.
AKASHAH (kiri) bergambar dengan seekor layaran 60kg iaitu ikan terbesar pernah dinaikkan atas bot Abang Mat.
Akashah Rashid senyum puas ikan idaman mampu ditewaskan 

TERIMA KASIH kepada EDITOR MAJALAH UMPAN yang diterbitkan oleh "Syarikat KARANGKRAFT", En. Hazrizal kerana sudi menerbitkan beberapa artikel milik saya untuk MAJALAH UMPAN EDISI BULAN aPRIL 2012. Apa yang membanggakan, saya telah terpilih menjadi "Front Page" untuk keluaran kali ini.

Selain itu, 3 artikel hasil penulisan saya juga diterbitkan di dalam majalah ini. Ini Merupakan penghormatan dan pengiktirafan pada penulisan saya kali ini. Semoga dengan penulisan saya ini, MAJALAH UMPAN akan berkembang maju dan diminati oleh segenap pemancing di MALAYSIA.

Bagi yang belum memilikinya, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya. Ternyata majalah ini penuh dengan maklumat memancing serta memberi pelbagai info & tips-tips yang berguna kepada pemancing. Majalah yang wajib milik ini hanya berharga rm8.00# senaskah. Ternyata majalah ini memberi banyak kelainan berbanding majalah lain yang terdapat di negara ini.

SEKIAN TERIMA KASIH DARI SAYA!!




Wednesday, 9 January 2013

Layaran Terkulai Di Dakapan


Layaran terkulai di dakapan
Oleh Zulhilmi Mat
hilmi@bharian.com.my
2011/10/29

AKASHAH (kiri) bergambar dengan seekor layaran 60kg iaitu ikan terbesar pernah dinaikkan atas bot Abang Mat.
AKASHAH (kiri) bergambar dengan seekor layaran 60kg iaitu ikan terbesar pernah dinaikkan atas bot Abang Mat.
Akashah Rashid senyum puas ikan idaman mampu ditewaskan 

HAJAT Akashah Rashid untuk bergambar dengan ikan layaran perairan Rompin, Pahang tercapai apabila spesies berparuh seberat 60 kilogram (kg) terkulai di atas dakapannya awal bulan lalu.
Sejak menceburi bidang memancing selama 10 tahun, pelbagai spesies dan aktiviti memancing sudah dikecapinya kecuali menawan layaran. Justeru satu trip memancing layaran diatur khas yang turut ditemani rakannya iaitu Saiful, Fadli dan Hasrizal.
Trip itu dirancang saat akhir sejurus selepas tamat acara Royal Pahang Billfish International Challenge (RPBIC) 2011 yang berakhir September lalu. 
Tambahan pula, trip berkenaan wajar disegerakan selepas menerima khabar bahawa musim layaran akan berakhir dan diganti musim tengkujuh hujung tahun ini. 

Selepas bertolak dari jeti Rompin, empat sekawan dengan tekong Abang Mat memandu bot gentian kaca menuju ke unjam yang terletak di sekitar perairan Rompin. Perjalanan memakan masa kira-kira 45 minit. 

Beberapa unjam milik nelayan tempatan dikunjungi mereka seperti unjam batu, 69, Tok Moh dan Pak Misai untuk mencari umpan tamban dan selar dengan menggunakan teknik mengunjun ‘apollo’. Namun hasil umpan ikan selar dan kembung hidup tidak memberangsangkan sepanjang dua jam berada di empat unjam itu. 
Dalam perjalanan ke lokasi ditanda Abang Mat, beberapa kumpulan ikan bilis kelihatan berenang lintang pukang seperti dikejar pemangsa dari bawah permukaan air. Tanpa berlengah lagi, Abang Mat bergegas mengarahkan mereka melabuhkan umpan selar atau kembung hidup dan membaling ke arah kumpulan bilis tadi. 

Belum sempat Saiful mengikat belon pada tali utama, joran beliau terus disentap pemangsa dengan pantas. Namun begitu, nasib tidak memihak kepada beliau apabila mangsa berjaya melepaskan siri akibat sistem regangan kekili yang belum dikunci kemas. 

Sementara itu, Akashah, Fadli dan Hasrizal turut menerima nasib sama apabila perambut 80 paun jenis halimunan (fluorocarbon) putus dikerjakan ikan, dipercayai tenggiri berkongsi habuan bilis dengan layaran. 

Selepas tali putus berkali-kali, masing-masing berhasrat membalas dendam dengan menggantikan perambut dawai untuk menjerat tenggiri yang kerap mengacau pemburuan layaran mereka itu. Teknik mereka nampaknya berjaya apabila Akashah menaikkan tenggiri pertamanya dengan berumpankan selar hidup sebesar tiga jari orang dewasa. 

Sehingga jam dua petang, empat sekawan puas berpesta tenggiri apabila layaran mengunci mulut memakan umpan yang dihulurkan kepadanya itu, Akashah mencuba untuk kali terakhir sebelum pulang dengan mempertaruhkan ikan kembung yang dicangkuk mata kail 7/0. 

Umpan ikan dibaling pada kumpulan bilis dan kemudian tali utama bebas dari gegelung kekili membuahkan hasil apabila mangsa menyentap ikan yang diumpan kepadanya. 

Joran tempahan khas PE-6-8 yang dipadankan kekili Shimano SW12000 milik Akashah melentur dahsyat menerima asakan daripada layaran. Lompatan demi lompatan layaran dengan menampakkan separuh badannya memaksa beliau mengetatkan sistem regangan kekili sehingga 90 peratus untuk mengekang tali dari terus keluar. 

Aksi tarik menarik tali berlangsung sehingga 30 minit kerana mangsa enggan mengalah walaupun sirip dorsal layaran berada hampir sebelah bot mereka. 

Hasil bantuan rakan-rakan kira-kira 15 minit berikutnya, layaran anggaran seberat 60kg didaratkan dengan jayanya dan selepas bergambar, ikan terbabit dilepaskan kembali untuk kesinambungan aktiviti memancing empat sekawan ini pada tahun depan.