Ketika air besar, perubahan air akan membuka laluan arus hingga membawa ketepian pantai. Arus adalah highway atau laluan untuk ikan keluar mencari makan. Oleh kerana ikan berdarah sejuk maka arus yg panas akan menjadi pilihan untuk dilalui. Dikawasan arus yang panas ini aktiviti memburu dan mencari makan menjadi saingan diantara satu sama lain.
Disebabkan ketika air besar perjalanan arus adalah sangat kuat dan laju maka kebanyak ikan yg kecil dan sederhana lebih suka mengikut arus yang membuka laluan kepantai atau muara sungai. Biasanya ikan yg menghuni lubuk yg sama kan terdorong mengikut arus mencari makan, mereka tidak akan bersembunyi ditempat yg sama disebabkan faktur arus yg memaksa mereka berhijrah. Ketika ini ikan akan makan apa saja yg dapat disambar disebabkan jika lambat arus akan membawa makanan ketempat lain. Itu sebabnya mengapa kita mudah mendapat ikan kecil dan sederhana diwaktu air besar.Aktiviti menyambar umpan ini biasanya berlaku ketika air mulai pasang dan ketika air mulai beralih surut. Apabila air sudah pasang penuh aktiviti ini terhenti buat seketika dimana ikan akan mencari tempat untuk bersembunyi dari pemangsanya.
Faktor arus panas inilah yg menjadi pemerhatian pemancing zaman dahulu untuk mengenal pasti tempat ikan berkumpul. Mereka akan mencari dimana tempat yg paling hampir dengan pantai tempat arus ini bergerak dan berakhir dengan tempat ikan bersembunyi. Perlu diingat jika ada ikan kecil maka akan ada pemangsa yg besar kerana mereka mengikut arus yang sama dan hanya menunggu masa untuk menyambar. Biasanya ikan pemangsa lebih suka menyambar diwaktu air mula beralih surut kerana ketika ini arus amat perlahan dan kelajuan ikan pemangsa akan dengan mudah mengatasi ikan2 kecil.
Oleh itu belajarlah mengenal pergerakan arus. Pesan orang tua saya jika anda ingin menjala udang, masukan kaki kedalam air dulu sehingga keparas lutut. Jika air panas dan hangat, insyaAllah banyak udangnya. Jika ada udang maka banyaklah ikan yg berkeliaran mencari makan disekitar itu...kerana arusnya panas. Jika airnya sejuk lupakan saja....carilah tempat yg lain!
Air mati pula arus tidak bergerak langsung, aktiviti memburu dan mencari makan pula menjadi amat lembab disebabkan ikan2 sentiasa didalam ketakutan menjadi mangsa. Biasanya sewaktu air mati ikan lebih suka duduk berkumpulan sebagai salah satu cara mempertahankan diri. Ikan2 pula akan sentiasa berhati-hati untuk mencari makan. Tanpa pergerakan arus panas, ikan lebih suka mendiamai kawasan persekitaran persembunyian
Faktor inilah yg menyebabkan pemancing harus mencari dan menghulur umpan dikawasan yg dikenal pasti sebagai tempat persembunyian mereka. Faktor inilah juga yg menyebabkan mengapa umpan hidup adalah umpan yg terbaik sewaktu air mati. Begitu juga casting dan jigging menjadi kaedah yg terbaik sewaktu air mati...kerana pergerakan menjadi tarikan utama ikan yg mengendap mangsa.
Diharap artikel ini dapat membantu pemancing memancing dengan lebih efektif dan berkesan. Selamat memancing.
No comments:
Post a Comment