Friday 9 October 2020

Maksud PE (Rod Pancing)

Ramai yang bertanya tentang maksud PE dlm konteks rod pancing tertera sebagai rujukan pemilihan set yang baik.

PE = Poly Ethylene
Tester Anglers Japan mendisiplinkan set rod pancing melalui diameter monofilament atau braided line Serta kekuatan LBS 'main line' mengikut saranan yang ditulis pada rod pilihan mengikut keselesaan pemancing. keseimbangan diameter & kekuatan main line & rod perlu kerana agar semasa aksi memancing rod tidak 'bising' akibat geseran braided (popular choice) semasa wink dimana ring guide yg pelbagai rupa & saiz mengikut spesifikasi ditetapkan.

bagaimana kita memilih keseimbangan rod PE & main line sesuai agar terjaga kualiti pemancingan. CTH* PE 1-3, hanya darabkan 10LBS pada nilai khusus tersebut, 1(10) = 10lbs & 3(10) = 30, maka rod tersebut mempunyai kesesuaian nisbah 10-30lbs, selepas itu tidak semua reka bentuk rod adalah sama, rujuk pada cincin rod (ring guide) saiz kecil & besar, reka bentuk cincin juga main peranan menentukan set pancing mengikut teknik pancing yg pelbagai dlm arena anglers. 

bagaimana seimbangkan monofilament line atau braided line dengan rod pilihan. CTH* PE4 = 40lbs maka kita dapat tentukan main Iine ditetapkan, namun serial produksi alatan memancing berbeza saiz diameter, main line juga dipilih mengikut teknik pancingan yang dimahukan, CTH* jigging, pilihlah braided yg byk lilin/minyak agar semasa wink, main line cermerlang beraksi memotong air dengan pantas & tiada getaran kasar semasa wink.

negara barat, SPORT ANGLERS atau TESTER ANGLERS mendisiplinkan teknik pancingan mereka melalui tahap beban umpan, Batu lancing, swivel & perambut digunakan, manakala bagi pengunaan lure, ikut spec Berat saranan tertulis pd rod oz/gram/lbs seringkali digandingkan tulisan bersama PE tetapan atau LBS. 

Poly ethylene adalah bahan mentah
plastik bermutu, sebelum menjadi braided mahupun monofilament line, para kilang membuat benang sehalus sutera yg kuat & disulam berbagai Cara & lapisan dgn
teknik mesin moden, serentak itu cecair minyak yg bermutu diletakkan pd braided yg terhasil agar tahan kualiti tidak mudah putus atau berbulu & warna terjaga
dr minyak trsebut.

poly ethylene seringkali digunakan dlm penghasilan produk bermutu barangan DAPUR, dlm konteks arena pancing bahan tersebut berperanan sbg mainline utk set
pancing yg baik kualitinya.
jesteru kenapa PE sering terdpt pd rod pancing kerana mainline KHUSUS yg sesuai tuk set tetapan mengikut saranan tertulis pd set itu hanya sesuai gunakan mainline diperbuat hasilan dr bahan Poly ethylene sahaja. rod saranan PE jika mahu guna 'braided steel' utk
main line adalah salah kerana produksi besi tidak sesuai
pd rod tersebut.

keburukan Poly Ethylene cepat reput, kelebihannya apabila bergeser laju pd rod, dlm air dan apa sahaja yg meningkatkan kinetik penghasilan tenaga panas, poly ethylene adalah penebat yg mampu menahan tahap panas melampau.

terima kasih membaca, kalau kurang mahupun salah titipan saya ini tolong tegur & membetulkan pahaman kita bersama, ilmu perlu dikongsi, bagi yg baru bermula mereka boleh bertanya dengan baik pada kedai jual pilihan mereka, agar senang berurusan & tidak ambil masa byk semasa shopping ^_^